Welcome to Premier Clinic


  Call / WhatsApp / SMS: +60-12-662 5552   OR   Make an Appointment


IMG_2558

Kuala Lumpur ternyata satu bandar yang penuh tarikan. Penduduk yang berbagai bangsa, etnik dan kalangan umur.

Pentingnya kecantikan bukan sahaja dari segi paras rupa, juga untuk kesihatan dan penampilan. Apabila seseorang itu cantik, dia mempamerkan keyakinan dan sifat holistik. Kecantikan juga boleh diambilkira dari segi perwatakan individu.

Daya tarikan wanita bukan sahaja pada wajahnya, juga pada tubuhnya. Ramai wanita idamkan wajah yang simetri juga bentuk tubuh badan yang langsing.

Wajah seseorang wanita bergantung pada nisbah Golden Ratio phi 1.618. Satu ukuran pada bentuk wajah seseorang.

Seseorang yang cantik mempunyai kelebihan. Si dia yang cantik dan menarik akan lebih cendorong untuk terpilih sebagai calon pasangan atau jawatan pekerjaan.

Selain dari menggunakan produk kecantikan, prosedur estetik memainkan peranan penting untuk anti penuaan. Produk yang digunakan tiap-tiap hari di rumah disarankan supaya dari gred perubatan iaitu mengandungi bahan seperti vitamin C dan sebagainya. Produk gred perubatan tidak sama dengan produk kosmetik lain kerana kualitinya lebih tinggi, terbukti secara klinikal, hasil terapeutik yang lebih berkesan dalam jangkamasa pendek dan panjang. Produk seperti krim, serum dan spf penting untuk penjagaan kulit di rumah. Kulit yang berseri dan bersih melambangkan kecantikan.

Dulu, wanita dan juga lelaki ragu-ragu untuk menjalani prosedur estetik seperti suntikan. Sekarang zaman di mana ramai sedar dan lebih liberal kepada prosedur estetik yang berkesan dan diberikan oleh doktor bertauliah. Suntikan minimal invasif yang selalu menjadi trend seperti Botulinum type A untuk kedutan, wajah bentuk muka ‘V’ yang runcing dan filler untuk bibir. Bibir yang penuh melambangkan muda dan sihat. Bagi mereka yang berani mencuba prosedur estetik pada peringkat awal dari pakar estetik, ia dapat mencegah penuaan dengan cara halus dan berkesan. Ini bagi mengekalkan kecantikan kulit supaya sentiasa kelihatan muda. Dengan teknik terkini menggunakan ‘cannula’ risiko lebam dapat dikurangkan dan hasil nampak natural.

Bagi mereka yang belum sedia untuk suntikan, rawatan seperti ultrasound (HIFU), radiofrekuensi, chemical peel, microdermabrasion dan laser memainkan peranan penting untuk membaiki kulit. Mesin bukan invasif seperti HIFU dan radiofrekuensi, meningkatkan kecantikan wajah dan berfungsi untuk mengetatkan kulit. Chemical peel juga microdermabrasion sesuai untuk kulit dengan masalah jerawat dan berminyak. Rawatan laser memainkan peranan untuk kulit yang bermasalah pigmentasi seperti melasma, parut jerawat, kulit tak sekata dan juga kedutan.

IMG_2617

Untuk tubuh yang sihat dan langsing, kesihatan badan diukur dengan ukuran BMI dan ukur lilitan. Perlunya diet yang seimbang dan gaya hidup aktif. Bagi lemak yang degil dan susah untuk hilang, disarankan untuk menjalani prosedur sama ada suntikan lemak, Coolsculpting untuk membekukan lemak atau radiofrekuensi untuk membakar lemak. Kesesuaian prosedur bergantung kepada individu.

Secara keseluruhan, kulit serta tubuh yang sihat dan cantik mempamerkan kebahagiaan seorang individu.

Prepared by
Dr Nazihah Nazim (Dr Zya Nazim-Boyer)
MD
Premier Clinic

Get FREE Skin Perfection Laser & LED Phototherapy 1 session (worth RM1200)

For new customers only. We'll send you an e-Voucher by WhatsApp & Email within 24 hours

  Please correct the marked field(s) below.
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial