Welcome to Premier Clinic


  Call / WhatsApp / SMS: +60-12-662 5552   OR   Make an Appointment

Botox adalah sejenis ubat digunakan untuk merawat masalah otot. Secara kosmetik dan estetik, Botox digunakan untuk merawat kedutan dengan melemahkan otot yang menyebabkan kedutan.

Botox berkesan dengan menyekat signal dari saraf ke otot. Pengecutan otot akan berkurangan setelah disuntik Botox. Ini menyebabkan kedutan yang keras di permukaan muka menjadi relax dan kelihatan lembut.

Secara umumnya, penggunaan Botox adalah selamat dan disahkan oleh FDA. Seperti semua rawatan kosmetik, kesan sampingan mungkin boleh berlaku, sebagai contoh kesan lebam, 1-3% pesakit mungkin mengalami kesan kelopak mata jatuh tetapi kesan ini boleh dibetulkan atau baik pulih semula dengan masa. Untuk mengurangkan risiko kesan sampingan, sangat penting prosedur ini dijalankan hanya oleh doktor bertauliah.

Botox biasanya digunakan untuk kedutan di bahagian dahi akibat otot frontalis yang hiperaktif, tepi mata (crow’s feet) dari otot orbicularis oculi dan kerutan glabella. Botox juga digunakan untuk kelenjar peluhan hiperaktif dan migraine.
Terdapat berbagai sentimen pendapat mengenai Botox. Ramai benci atau jijik kerana mereka berpendapat ia menyebabkan muka menjadi keras dan kaku. Walaubagaimanapun, mereka yang telah mencuba, sokong bahawa Botox adalah sejenis rawatan yang lembut untuk mendapatkan anti penuaan dan kulit yang lebih licin dan berseri.

Botox adalah kurang invasif berbanding dengan surgeri. Ia masih menggunakan kaedah suntikan dengan jarum. Di klinik estetik, Botox diberikan dengan suntikan jarum yang halus dan kecil seperti jarum yang digunakan untuk suntikan insulin. Kebiasaannya, pesakit tidak merasai sakit semasa suntikan. Kaedah suntikan oleh doktor yang berpengalaman akan membuat pesakit rasa selesa dan tidak merasa sakit. ‘Downtime’ adalah minimal. Sedikit bengkak pada tempat suntikan akan reda dalam masa 20-30 minit. Seperti semua jenis suntikan, risiko lebam mungkin berlaku dan jika berlaku, ia akan reda dalam masa 5-7 hari. Sebaik mungkin, elakkan suplemen, minuman alkohol dan senaman dalam masa 3 hari sebelum dan selepas suntikan. Ini bagi mengurangkan risiko lebam.

Bukan semua pesakit sesuai untuk suntikan Botox. Pesakit yang mempunyai kelemahan otot seperti Myasthenia Gravis, Multiple sclerosis atau alahan kepada Botox adalah calon yang tidak sesuai untuk suntikan Botox.
Hasil suntikan Botox adalah berbagai. Ini bergantung kepada dos dan tempat suntikan. Kesan yang paling ideal pastilah wajah natural, kedutan menjadi lembut dan muka tidak menjadi kaku. Pesakit akan menggambarkan kurang kelihatan letih dan kurang kelihatan garang.

Untuk megelakkan muka menjadi kaku akibat Botox, doktor yang menyuntik perlu pakar dalam seni dan sains muka. Doktor perlu tahu dos yang sesuai dan otot yang sepatutnya disuntik. Doktor yang bertauliah dan berpengalaman dengan teknik suntikan Botox akan menyuntik dengan mahir.
WhatsApp Image 2017-03-30 at 13.13.47

Selepas suntikan Botox, ia akan mengambil masa untuk menjadi efektif. Dalam jangkamasa 3 hari hingga 2 minggu, Botox akan menunjukkan kesan maksimum. Secara purata, Botox dapat bertahan selama 3 hingga 4 bulan. Jika seseorang belum pernah menyuntik Botox, kesan mungkin bertahan selama 2 hingga 3 bulan dan sesetengah pesakit kesan dapat bertahan sehingga 6 bulan. Botox akan lebih tahan lama bila otot yang menyebabkan kontraksi hiper lebih relax.

 

Botox-P46b    Before                                                                                   After
(Done for the frown lines)

To find out more about our Botox treatment, please visit our branches for a FREE Consultation with Dr Zya Nazim-Boyer or our other highly experienced doctors. Make an appointment today by calling us at:

TTDI: 012-6625453
Bangsar: 012-6624278
Puchong: 016-7060101
E-mail: contactus@premier-clinic.com

Or if you would like to find out more about our Botox treatment, please visit our website at www.premier-clinic.com/facial-slimming-by-botox/

tumblr_m4yaf10OJW1qboqbv

Get FREE Skin Perfection Laser & LED Phototherapy 1 session (worth RM1200)

For new customers only. We'll send you an e-Voucher by WhatsApp & Email within 24 hours

  Please correct the marked field(s) below.
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial