Rawatan Kecantikan Mek Onie
Mek Onie berkunjung ke Premier Clinic untuk mendapatkan nasihat dan rawatan kecantikan daripada doktor kecantikan kami, Dr Aarthi Maria baru-baru ini.
Mek Onie amat berminat untuk mengurangkan jeragat ataupun pigmentasi di kulit muka beliau. Dr Aarthi menjalankan rawatan mencuci muka Ultrasonic Facial Cleansing untuk membersihkan muka Mek dengan rapi dan dalam.
Seterusnya laser yang dipanggil Carbon Laser Peel dijalankan untuk mencerahkan kulit serta mengurangkan jeragat.
Lampu fototerapi dilakukan selama 20 minit selepas itu, disusuli dengan mask untuk menenangkan kulit selepas menjalani rawatan laser di klinik kami.
Silalah berhubung dengan kakitangan kami di 012-6625552 atau sila tulis emel kepada contactus@premier-clinic.com untuk mendapatkan maklumat terkini.